Thursday, November 8, 2018

Kesan Sampingan Negatif Melancap



Walaupun kebanyakan orang masih berasa malu ketikamana perkara yang berkaitan dengan lancap sama ada melakukannya atau membincangkannya atau melakukannya, ia sebenarnya sangat normal dan menyihat pada bahagian seks manusia. Sebagai tambahan kepada pelega stres, melancap juga boleh mendidik kamu tentang citarasa kamu, kawasan senang yang unik untuk kamu dan pelbagai gesekan, tekanan, sentuhan dan teknik melancap yang membolehkan kamu menikmati sedalam-dalamnya.

Tidak kira sama ada kamu terlibat dalam melancap bersama dengan pasangan atau dengan kamu sendiri sahaja, melibatkan diri dalam seks swaseronok adalah aktiviti yang sangat dicadangkan oleh pelbagai pakar seks, bergantung kepada bagaimana ia mampu menjadikan kamu lebih selesa dan  terangsang pada seks kamu dan aspek seksual pada perhubungan romantik kamu, jika kamu memilikinya.

Sebagai ahli terapi seks dan perhubungan, Courtney Geter menerangkan, "Melancap adalah menyihatkan dengan beberapa bentuk. Untuk diri sendiri, melancap membantu untuk meneroka badan kamu dan tarikan seks tanpa tekanan keperluan untuk melakukan atau menyenangkan orang lain. Ini membolehkan seseorang untuk berkongsi kepada pasangan apakah bentuk seks yang memuaskan mereka yang membantu melancarkan komunikasi dan kepuasan dalam perhubungan. Apabila pasangan tiada, melancap boleh membantu seseorang untuk terus melunaskan keperluan dan keinginan seks. Akhirnya, melancap melegakan stres dan tekanan, begitu juga meningkatkan keseluruhan mizaj secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, sebagaimana dengan mana-mana keseronokan dalam kehidupan, pengawalan adalah kunci. Jika kamu melancap sehingga tahap yang melampau, kamu mungkin sahaja membawa kepada risiko yang bukan sahaja mengganggu rutin harian kamu, tetapi persepsi keseluruhan dalam kehidupan dan pemenuhan juga. Ia bergantung kepada pendekatan kamu dan bagaimana yang memungkinkan kamu untuk menjadi berlebihan terhadapnya.

"Seseorang boleh mengalami perhubungan yang negatif dengan melancap, terutamanya jika ia bermaksud kamu mengabaikan kamu lingkungan lain dalam kehidupan. Jika kamu melancap pada waktu pagi dan ia menyebabkan kamu terlewat ke tempat kerja atau jika perhubungan lain dalam hidup kamu rasa terabai, itu boleh ditangani", jelas pakar seks, pengajar seks oral dan pengurus operasi dan bantuan di Self Serve Toys, Huner Riley. "Melancap dan seks adalah dua pengamalan yang berbeza. Begitu juga dengan porno dan seks yang sebenarnya. Porno tidak mewakili bagaimana orang melakukan seks dengan sebenarnya. Selagimana kamu kekalkan antara pengharapan apa yang kamu lihat pada porno dengan apa yang kamu harap pada pasangan dalam kehidupan sebenar, itu sememangnya tidak memberikan kesan yang besar pada aktiviti seks".

Untuk pencerahan, melancap adalah sihat. Yang menjadi isu adalah apabila ia mengacau gaya hidup kamu, emosi kamu, perhubungan kamu dan kegembiraan keseluruhan. Ini adalah bimbingan untuk kesan sampingan negatif yang dimungkinkan pada melancap dan apa yang perlu kamu buat ketika kamu dapati diri kamu dalam situasi ini.

1. Bagaimana Melancap Boleh Memberi Kesan Kepada Kesihatan Fizikal

Ketikamana persepsi kamu pada melancap mungkin menjadi kocakan rasa bagus, ia merembes apabila kamu mencapai orgasma. Riley berkata terdapat banyak kesan sampingan yang baik dalam meluangkan masa untuk apa yang di bawah tali pinggang. "Melancap mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk pelega stres, membantu kamu untuk tidur, mengurangkan tekanan, merangsang immuniti dan banyak lagi", katanya.

Namun, jika kamu melancap dengan liar dan sekuat-kuatnya, mungkin sahaja ia sebagai untuk mengelakkan diri dari isu dalam kehidupan kamu yang kamu tidak mahu hadapinya atau menerimanya, ia memungkinkan kamu untuk menerima kerosakan penis kamu dan testikal. Coleen Singer, pakar seks di Sssh.com berkata jika kamu melampau dalam tabiat kamu, kamu mungkin merasakan ruam, kemerahan dan kerengsaan pada genital kamu. Ini mampu menyebabkan kesakitan yang ekstrem, terutamanya jika kamu tidak boleh mengawal diri daripada melancap, walaupun kamu melecet dan secara terangnya tidak ada mizaj untuknya. Walaupun mentaliti keterlaluan obsessif untuk menyentuh diri adalah lebih kepada serangan emosi berbanding cetusan fizikal, namun akibat yang berlaku pada anggota tertutup boleh menjadi lebih buruk. Sebab itulah mencari nasihat ahli terapi adalah dicadangkan dan jika kamu mendapati sebarang kerengsaan, mula untuk menggunakan pelincir untuk menjauhkan diri daripada gelaja itu semasa kamu memulih.

2. Bagaimana Melancap Boleh Memberi Kesan Kepada Kesihatan Psikologi

Kamu mungkin mengambil masa untuk mempelajari dan memberi sepenuh perhatian  pada reaksi pasangan kamu semasa kamu mengemudi kawasan mudah terangsang yang berbeza di badannya, tetapi berapa banyak kamu memberikan perhatian kepada diri kamu sendiri? Apabila ingin menggunakan sesuatu sebagai cara untuk mengenal pasti cara baharu untuk menyenangkan diri kamu yang boleh diterjemahkan kepada pengalaman seks kepada pasangan, melancap boleh membantu untuk membina harga diri. "Melancap boleh meningkatkan keyakinan diri kerana kamu tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk corakan dan kepuasan seks. Jika kamu tahu bagaimana untuk menyenangkan diri kamu, maka itu memudahkan dalam membantu pasangan untuk pelajari bagaimana untuk menyenangkan diri kamu yang merupakan keuntungan kepada semua orang", jelas Riley.

Namun, jika kamu memiliki rasa bersalah yang tersisa daripada zaman kanak-kanak yang seksual kamu dihalang atau kamu beras tergantung dengan tabiat kamu, mungkin kamu akan mendapati diri kamu mengalami kepayahan dalam arah yang bertentangan. Kamu mungkin akan terlalu kuat bergantung kepada melancap, yang mungkin sahaja kamu mengabaikan untuk melihat bantuan emosi ketika kamu memerlukakannya atau mencari jalan lain untuk menguruskan mizaj kamu. "Ketika melancap mampu memperbaik mizaj kamu. dan mencipta sentuhan keseronokan, sebahagian orang  mula melancap dengan kerap dan itu akan menjadi pelega stres yang tidak sihat.

3. Bagaimana Melancap Boleh Memberi Kesan Kepada Aktiviti Seks.

Biasanya, apabila ia terbiasa sebagai bahagian aktiviti seks dan dialu-alukan oleh pasangan yang minda terbuka, ingin tahu dan supportif, melancap antara dua pihak boleh menjadi tambahan yang hebat untuk kotak peralatan seks. Malah, banyak pasangan memanfaatkan manfaat positif bagi melancap di bilik tidur dan mungkin termasuk juga terangsang dan tergoda dengan melihat pasangannya menyentuh dirinya. Ini juga dikenali sebagai melancap bersama. "Melancap boleh meningkatkan pengalaman seks kamu dan pasangan kamu, seperti meneroka dan berkomunkasi tentang apa yang paling dinikmati sesama sendiri menikmati, menambahkan penyambungan emosi sesama pasangan dan meneroka cara lain untuk keseronokan pengalaman seks", jelas Geter.

Yang menjadi isu ialah apabila melancap menciptakan pengharaman yang tidak realistik terhadap apa yang seks perlu menjadi, dirasai dan dilihat. Sememangnya benar porno dan seks sebenar merangsang deria yang berbeza dan mampu untuk membezakan antara dua realiti adalah penting. Kamu juga perlu sedar bahawa pasangan tidak mempunyai tangan kamu, tidak mengetahui badan kamu dan tidak mengetahui secara penuh setiap tempat untuk merangsang kamu yang membawa kepada peringkat akhir. "Ramai lelaki melancap ketika mereka bujang dan tidak ada pasangan seks. Ketika ini, mereka menggunakan tangannya untuk melancap dan mereka boleh mengawal kelajuan dan cengkaman. Apabila mereka memiliki pasangan baru, lelaki mungkin mengalami masalah dalam orgasma dan ejakulaso ketika vagina memaparkan rasa yang berbeza berbanding tangan. Malah, tangan pasangan kamu juga tidak sama dengan tangan kamu. Secara tidak sedar, kamu membuat pengharapan jenis stimulasi yang tertentu", kata Geter. Untuk membetulkan ini, Geter mencadangkan kepelbagaian dalam aktiviti melancap seperti menggunakan sarung lancap atau kondom atau tangan yang berbeza pada suatu masa. Dia juga mengatakan jika kamu menonton porno semasa melancap, kamu perlu mengambil kira untuk mengubah jenis porno yang kamu tonton.

Perkara lain yang boleh menyebabkan kesukaran untuk aktiviti seks kamu dan perhubungan kamu ialah apabila perkahwinan kamu melalui pemulihan yang sukar dengan pasangan kamu. Jika kamu mulai bergaduh atau bertengkar lebih kerap, Geter berkata, melancap mampu menolak pasangan kamu lebih jauh daripada kamu. "Pasangan mesti  selsaikan masalah konflik perhubungan pada kawasan lain sebelum mencuba untuk memperbaiki perhubungan seksual. Lama kelamaan, menyelesaikan kawasan konflik yang lain secara sendirinya mampu meningkatkan perhubungan seksual", tegasnya.

Jika pasangan kamu berada dalam jangka masa yang mereka tidak ada angin untuknya? Mindanya mungkin seperti orang bengap yang mengurangkan tekanan mereka dengan menyelesaikan sendiri, tetapi mungkin ada impak yang berlawanan, menurut Geter. "Melancap boleh menyebabkan rasa kurang terhubung, mencetuskan rasa kurang harga diri terhadap pasangan lain atau menyebabkan kurangnya komunikasi jika melancap menjadi sesuatu yang lebih rutin daripada pasangan seks", kongsinya. "Melancap bukanlah masalah. Walau bagaimanapun mencari jalan untuk memenuhi kehendak setiap pasangan adalah untuk kebaikan dalam perhubungan dan meningkatkan komunikasi tentang keperluan".

4. Bagaimana Melancap Boleh Memberi Kesan Kepada Kehidpan Kamu Secara Umum

Sebagai tambahan untuk apa yang berlaku di sebalik pintu yang tertutup dan apa yang ada di kepala kamu, terlalu banyak melancap boleh menjejaskan kehidupan kamu, rutin kamu dan sikap kamu terhadap persahabatan dan pekerjaan. Walaupun ia adalah kes yang langka, Geter berkata, jika kamu mengabaikan pelbagai bahagian daripada kehidupan kamu untuk menghabiskan masa untuk melancap, menonton pornografi dan menyentuh diri kamu sendiri, maka kamu mempunyai sebab untuk merasa bimbang. "Jika kamu mendapati diri kamu mengabaikan bahagian penting yang lain dalam kehidupan seperti kerja, perhubungan atau kehidupan sosial atau merasa malu dan bersalah ketika melancap, maka carilahterapi. Sekali lagi, ini bukanlah untuk menghalang melancap, ia sekadar untuk mencari jalan untuk memperbaiki pengurusan stres seperti menambah bentuk senaman yang bermanfaat, cadang Geter.

No comments:

Post a Comment